Tuesday, 22 November 2011

makro pengajaran

P&P Matematik:Luas

1.Guru menerangkan bahawa luas bermakna rajah tertutup yang mempunyai luas. Kawasan dalam rajah itu ialah luasnya.

2.Guru menayangkan rajah grid segi empat sama  (1cm  x 1 cm) (seperti yang digunakan dalam memperkenalkan konsep peratus).

3.Guru mewarnakan satu petak dengan warna tertentu.

4.Kemudian guru mewarnakan petak mengikut bilangan yang lain.      


































































1.Guru menerangkan konsep satu unit persegi ( cm2)

2.Guru memperkenalkan konsep “1 petak” bersamaan luas 1 unit persegi atau 1 cm persegi (1 cm2)




                           1 cm                                      Luas = 1 cm2

                      
                                              1 cm

3.Guru meminta murid menyatakan luas segi empat sama atau segi empat tepat dalam langkah 1 dalam unit cm2




                Luas = 1 unit persegi = 1 cm2


 Luas = 2 unit persegi = 2 cm2
                                    Panjang  = 2 cm
                                    Lebar = 1 cm
                                    Luas  = 2 cm x 1 cm = 2 cm2
                                    Formula luas = panjang x lebar

Luas = 4 unit persegi = 4 cm2
               Panjang  = 2 cm
           
                                    Lebar = 2 cm
                                    Luas  = 2 cm x 2 cm = 4 cm2

                                    Formula luas = panjang x lebar

4.Guru menegaskan unit bagi luas ialah unit persegi. Simbol bagi unit persegi ialah ‘unit 2 ’.


1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

2. Setiap murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam masa yang ditetapkan.

3. Guru membimbing murid yang lemah.

4. Guru memeriksa jawapan murid.


5.Guru memberikan ucapan tahniah kepada murid yang telah menyiapkan lembaran kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.